Laman utama
PENGUMUMAN PENUTUPAN PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 15 April 2014 05:25

WEBSITE INI AKAN DI TUTUP DAN KAMI BERPINDAH KE WEBSITE BARU WEBSITE BARU KAMI DI

WEBSITE BARU KAMI http://www.umnobahagianbesut.com

 

Last Updated ( Tuesday, 15 April 2014 05:46 )
 
Selamat Datang ke Blog UMNO Bahagian Besut PDF Print E-mail
Written by Wan Aziz Wan Idris   
Monday, 27 January 2014 03:40

http://umnobahagian-besut.blogspot.com/2014/01/ahli-jawatankuasa-umno-bahagian-besut_13.html

 
Wisma Putra nafi dakwaan Penasihat PKR PDF Print E-mail
Written by Wan Aziz Wan Idris   
Wednesday, 22 January 2014 04:26

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Wisma Putra menafikan dakwaan terlibat dalam 'komplot' dengan pihak berkuasa Jepun bagi melarang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memasuki negara tersebut.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, sebaliknya larangan itu dikuatkuasakan oleh kerajaan Jepun di bawah Perkara 5 (iv), Akta Pengiktirafan Pelarian dan Kawalan Imigresen.

Jelasnya, larangan menurut akta berkenaan mengambil kira sesiapa yang disabitkan atas suatu pelanggaran mana-mana undang-undang atau peraturan Jepun, atau mana-mana negara lain, dan telah dijatuhi hukuman penjara selama setahun atau lebih, atau suatu penalti yang setara.

"Ketua Pembangkang itu dilarang memasuki Jepun kerana beliau dianggap 'tidak diingini' oleh pihak berkuasa imigresen di sana. Setiap negara mempunyai kedaulatan undang-undang dan hak untuk menafikan sesiapa untuk memasuki negaranya.

"Dalam kes ini, Anwar tiada kewajipan untuk menjelaskan mengapa pihak berkuasa Jepun membuat penegasan berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anwar yang menuding jari kepada kerajaan dengan mendakwa larangan itu dikuatkuasakan kononnya selepas pihak berkuasa Jepun mendapat aduan terbaharu mengenai beliau daripada Wisma Putra.

Dalam kejadian semalam, Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun melarang Anwar daripada memasuki negara itu selain meminta beliau pulang semula ke Malaysia.

Anifah memberitahu, dakwaan yang mengaitkan Wisma Putra terlibat dalam larangan itu atau pihaknya memiliki 'kuasa' untuk mempengaruhi negara luar ialah sesuatu yang tidak masuk akal.

"Kami tiada kaitan dengannya," tegas beliau.

Anifah turut menafikan dakwaan Anwar yang mengaitkan larangan itu berdasarkan kepada suatu 'laporan' yang kononnya diserahkan oleh kerajaan kepada Jepun.

"Saya tidak pernah mengemukakan sebarang laporan mengenai Anwar kepada Jepun. Atas dasar apa perlunya kita mengemukakan sebarang perkara berkaitan Anwar bagi menghalangnya memasuki mana-mana negara," katanya.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, Wisma Putra telah menghubungi pihak berkuasa Jepun bagi mendapatkan pengesahan lanjut mengenainya memandangkan perkara itu melibatkan rakyat Malaysia.

"Tidak kira mereka dari pihak kerajaan atau pembangkang atau sesiapa pun, bagi kami, Anwar ialah seorang warganegara Malaysia," tambahnya.

 
Anwar dilarang masuki Jepun PDF Print E-mail
Written by Wan Aziz Wan Idris   
Wednesday, 22 January 2014 04:24

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan memasuki Jepun dan pihak berkuasa negara matahari terbit itu bertindak meminta beliau pulang semula ke Malaysia.

Sehingga kini belum diketahui punca sebenar mengapa pihak berkuasa Jepun bertindak demikian sebaik sahaja Ketua Pembangkang itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, pagi semalam.

Difahamkan Anwar telah diminta secara elok oleh pihak berkuasa Jepun untuk segera meninggalkan negara tersebut tetapi jika Ketua Pembangkang itu tetap berdegil, beliau akan berdepan dengan tindakan dipaksa pulang.

Ketua pembangkang itu walaupun pada mulanya mempersoal tindakan berkenaan tetapi akhirnya akur dan pulang semula ke Malaysia pada pukul 10.45 pagi hari yang sama.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan akhbar yang disiarkan di laman blog rasminya, http://anwaribrahimblog.com semalam, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut mengesahkan kejadian berkenaan.

Seperti biasa, Anwar terus menuding jari kepada kerajaan Malaysia dengan mendakwa larangan itu dikuatkuasakan kononnya selepas pihak berkuasa Jepun mendapat aduan terbaharu mengenai beliau daripada pihak Wisma Putra.

Dakwanya, kerajaan telah memberi laporan terbaharu termasuk ‘skandal’ beliau kepada kerajaan Jepun sehingga memaksa pihak berkuasa Jepun menghalangnya daripada memasuki negara berkenaan.

Anwar yang berang dengan kejadian tersebut juga bertindak mengecam kerajaan Jepun dengan berkata haknya untuk mendapat perjalanan bebas tanpa halangan telah dinafikan sebuah negara demokrasi seperti Jepun.

“Apa peranan Wisma Putra sehingga saya diusir? Ketika ditahan pihak berkuasa Jepun, saya minta penjelasan dan mereka beritahu tindakan terpaksa diambil kerana ada laporan terkini," katanya.

 
Kemiskinan bukan alasan abaikan pelajaran PDF Print E-mail
Written by Wan Aziz Wan Idris   
Monday, 20 January 2014 02:11

Idris Jusoh (dua dari kiri) beramah mesra dengan keluarga Sabariah Ramli (kanan) ketika mengunjungi keluarga miskin itu untuk menyerahkan bantuan persekolahan di Kampung Cherang Meliling, Besut, Terengganu, kelmarin.
*****

BESUT 19 Jan. - Faktor kemiskinan tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk gagal walaupun sering berlaku fenomena pelajar tercicir dan tidak dapat meneruskan persekolahan atau mengabaikan pelajaran.

Sebaliknya keadaan itu mungkin berpunca daripada kurangnya kesedaran ibu bapa atau anggota keluarga terhadap kepentingan pelajaran dan tiadanya rangsangan selain permasalahan dalam keluarga.

Bantuan dalam pelbagai bentuk disediakan untuk anak-anak dari keluarga miskin dan bermasalah, namun mereka mungkin tersisih dan tidak dapat digilap jika kehidupan sebenar mereka tidak didedahkan.

Justeru Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh mengambil inisiatif untuk meninjau sendiri kehidupan keluarga sebilangan pelajar yang dikenal pasti dengan turun padang bersama Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Ab. Halim Hassan.

Kelmarin, Idris yang juga Menteri Pendidikan II mengunjungi rumah 21 keluarga di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut yang terpilih berpandukan kepada senarai yang disediakan oleh pihak sekolah.

Beberapa minggu lalu beliau bersama rombongannya turut mengunjungi keluarga pelajar di kawasan DUN Kota Putera, Jerteh dan Kuala Besut melibatkan sejumlah 165 keluarga dalam Parlimen Besut disenaraikan menerima bantuan tersebut.

Setiap keluarga yang terpilih oleh sekolah masing-masing menerima bantuan antara RM500 hingga RM1,000 bergantung kepada bilangan anak yang bersekolah dan status keluarga.

Menerusi kunjungan dan berjumpa sendiri dengan keluarga itu memberi ruang yang lebih luas kepada mereka menyuarakan masalah yang membelenggu kehidupan.

Menurut Idris, langkah yang dijalankan bersama ADUN setiap kawasan itu bertujuan memastikan setiap pelajar miskin tidak tercicir dan mempunyai peluang yang sama untuk berjaya dalam pelajaran.

"Pihak sekolah juga perlu melaporkan dan mengambil inisiatif jika berlaku keciciran dalam kalangan pelajar golongan miskin ini. Jika tidak dapat diatasi mereka perlu melaporkannya kepada Kementerian Pendidikan," katanya.

Namun begitu beliau menambah, maklumat perlu diperoleh daripada sumber yang sah dan perlu juga ditapis supaya mereka yang benar-benar layak diberi bantuan.

 
More Articles...
«StartPrev12345678910NextEnd»

Page 1 of 61


Laman web ini dibangunkan oleh AFI PCMASTER NETWORK (TR0057495-A) untuk kegunaan UMNO Bahagian Besut, Terengganu
Copyright © 2014 Laman Web Rasmi UMNO Bahagian Besut. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 

Pelawat

We have 11 guests online

Jaringan

Ikuti Kami di Laman Sosial

            

Undian

Adakah anda berpuas hati dengan laman web ini?